Ustaz Haji Subri
Surau An-Najahiyah
Kenapa Jibril A.S bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia?
Surau An-Najahiyah
Kenapa Jibril A.S bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia?
Assalamualaikum..kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 mengenai malaikat Jibril yang berkeinginan dan bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia. Disebutkan bahawa terdapat 7 perkara yang menjadi cita-cita Jibril A.S untuk menjadi seperti manusia.Perkara ini dipetik dari hadis Nabi Muhammad S.A.W,Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:
- Pertamanya, Jibril A.S berkeinginan untuk turut sama menunaikan solat 5 waktu seperti yang dilakukan oleh manusia bersama-sama dengan imam.
- Seterusnya, Jibril A.S ingin bersama-sama menuntut ilmu di dalam majlis-majlis para ulamak.
- Jibril A.S ingin menziarahi orang-orang yang sakit sepertimana manusia lakukan.
- Kemudian, Jibril A.S mahu mengiringi jenazah ke alam kubur.
- Perkara seterusnya adalah Jibril A.S ingin memberikan minuman kepada orang-orang yang berhajat untuk minum. Maksudnya berbuat amal kebaikan dengan membantu orang-orang yang memerlukan makanan dan minuman.
- Jibril A.S ingin mendamaikan manusia yang berbalah dan berkelahi.
- Akhir sekali Jibril A.S ingin memuliakan jiran-jiran tetangga dan memuliakan anak-anak yatim
Itulah sebabnya Jibril A.S bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia kerana begitu banyak peluang yang diperoleh oleh manusia untuk melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T. Jadi, Kita sebagai manusia perlulah berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T supaya kita sentiasa beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T
0 Komen Sahabat:
Post a Comment