Perjuangan Menegakkan Islam...Marilah sama-sama kita melaksanakannya

February 23, 2009

Kuliah maghrib-KenapaJibril A.S bercita-cita menjadi anak Adam seperti manusia?

Ustaz Haji Subri
Surau An-Najahiyah

Kenapa Jibril A.S bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia?

Assalamualaikum..kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 mengenai malaikat Jibril yang berkeinginan dan bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia. Disebutkan bahawa terdapat 7 perkara yang menjadi cita-cita Jibril A.S untuk menjadi seperti manusia.Perkara ini dipetik dari hadis Nabi Muhammad S.A.W,Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:
  • Pertamanya, Jibril A.S berkeinginan untuk turut sama menunaikan solat 5 waktu seperti yang dilakukan oleh manusia bersama-sama dengan imam.
  • Seterusnya, Jibril A.S ingin bersama-sama menuntut ilmu di dalam majlis-majlis para ulamak.
  • Jibril A.S ingin menziarahi orang-orang yang sakit sepertimana manusia lakukan.
  • Kemudian, Jibril A.S mahu mengiringi jenazah ke alam kubur.
  • Perkara seterusnya adalah Jibril A.S ingin memberikan minuman kepada orang-orang yang berhajat untuk minum. Maksudnya berbuat amal kebaikan dengan membantu orang-orang yang memerlukan makanan dan minuman.
  • Jibril A.S ingin mendamaikan manusia yang berbalah dan berkelahi.
  • Akhir sekali Jibril A.S ingin memuliakan jiran-jiran tetangga dan memuliakan anak-anak yatim
Itulah sebabnya Jibril A.S bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia kerana begitu banyak peluang yang diperoleh oleh manusia untuk melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T. Jadi, Kita sebagai manusia perlulah berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T supaya kita sentiasa beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T

0 Komen Sahabat:

Template by:
Free Blog Templates