Perjuangan Menegakkan Islam...Marilah sama-sama kita melaksanakannya

February 23, 2009

Kuliah maghrib-KenapaJibril A.S bercita-cita menjadi anak Adam seperti manusia?

Ustaz Haji Subri
Surau An-Najahiyah

Kenapa Jibril A.S bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia?

Assalamualaikum..kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 mengenai malaikat Jibril yang berkeinginan dan bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia. Disebutkan bahawa terdapat 7 perkara yang menjadi cita-cita Jibril A.S untuk menjadi seperti manusia.Perkara ini dipetik dari hadis Nabi Muhammad S.A.W,Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:
  • Pertamanya, Jibril A.S berkeinginan untuk turut sama menunaikan solat 5 waktu seperti yang dilakukan oleh manusia bersama-sama dengan imam.
  • Seterusnya, Jibril A.S ingin bersama-sama menuntut ilmu di dalam majlis-majlis para ulamak.
  • Jibril A.S ingin menziarahi orang-orang yang sakit sepertimana manusia lakukan.
  • Kemudian, Jibril A.S mahu mengiringi jenazah ke alam kubur.
  • Perkara seterusnya adalah Jibril A.S ingin memberikan minuman kepada orang-orang yang berhajat untuk minum. Maksudnya berbuat amal kebaikan dengan membantu orang-orang yang memerlukan makanan dan minuman.
  • Jibril A.S ingin mendamaikan manusia yang berbalah dan berkelahi.
  • Akhir sekali Jibril A.S ingin memuliakan jiran-jiran tetangga dan memuliakan anak-anak yatim
Itulah sebabnya Jibril A.S bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia kerana begitu banyak peluang yang diperoleh oleh manusia untuk melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T. Jadi, Kita sebagai manusia perlulah berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T supaya kita sentiasa beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T

February 19, 2009

4 Perkara Yang Membinasakan Orang Yang Bakhil

Bakhil atau kedekut adalah perbuatan yang tidak patut dilakukan bagi seseorang yang berharta ataupun mampu untuk menolong orang yang berada di dalam kesusahan. Di bawah dinyatakan beberapa perkara yang membinasakan golongan dan individu manusia yang bersikap bakhil.

Dari Saidina Abu Bakar r.a berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

•Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu harta itu dibelanjakan bukan pada tempatnya yakni kepada jalan yang diredhai Allah tetapi harta itu disalahgunakan.

• Hartanya akan diambil secara paksa oleh pihak penguasa yang zalim.

• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.

• Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .

Jadi, kita janganlah bersikap bakhil....skian..wassalam.

February 17, 2009

Surah Ar-Rahman



Template by:
Free Blog Templates