Perjuangan Menegakkan Islam...Marilah sama-sama kita melaksanakannya

February 23, 2009

Kuliah maghrib-KenapaJibril A.S bercita-cita menjadi anak Adam seperti manusia?

Ustaz Haji Subri
Surau An-Najahiyah

Kenapa Jibril A.S bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia?

Assalamualaikum..kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 mengenai malaikat Jibril yang berkeinginan dan bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia. Disebutkan bahawa terdapat 7 perkara yang menjadi cita-cita Jibril A.S untuk menjadi seperti manusia.Perkara ini dipetik dari hadis Nabi Muhammad S.A.W,Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:
  • Pertamanya, Jibril A.S berkeinginan untuk turut sama menunaikan solat 5 waktu seperti yang dilakukan oleh manusia bersama-sama dengan imam.
  • Seterusnya, Jibril A.S ingin bersama-sama menuntut ilmu di dalam majlis-majlis para ulamak.
  • Jibril A.S ingin menziarahi orang-orang yang sakit sepertimana manusia lakukan.
  • Kemudian, Jibril A.S mahu mengiringi jenazah ke alam kubur.
  • Perkara seterusnya adalah Jibril A.S ingin memberikan minuman kepada orang-orang yang berhajat untuk minum. Maksudnya berbuat amal kebaikan dengan membantu orang-orang yang memerlukan makanan dan minuman.
  • Jibril A.S ingin mendamaikan manusia yang berbalah dan berkelahi.
  • Akhir sekali Jibril A.S ingin memuliakan jiran-jiran tetangga dan memuliakan anak-anak yatim
Itulah sebabnya Jibril A.S bercita-cita untuk menjadi anak Adam seperti manusia kerana begitu banyak peluang yang diperoleh oleh manusia untuk melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T. Jadi, Kita sebagai manusia perlulah berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T supaya kita sentiasa beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T

February 19, 2009

4 Perkara Yang Membinasakan Orang Yang Bakhil

Bakhil atau kedekut adalah perbuatan yang tidak patut dilakukan bagi seseorang yang berharta ataupun mampu untuk menolong orang yang berada di dalam kesusahan. Di bawah dinyatakan beberapa perkara yang membinasakan golongan dan individu manusia yang bersikap bakhil.

Dari Saidina Abu Bakar r.a berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

•Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu harta itu dibelanjakan bukan pada tempatnya yakni kepada jalan yang diredhai Allah tetapi harta itu disalahgunakan.

• Hartanya akan diambil secara paksa oleh pihak penguasa yang zalim.

• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.

• Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .

Jadi, kita janganlah bersikap bakhil....skian..wassalam.

February 17, 2009

Surah Ar-Rahman



February 14, 2009

HUDUD-Hadis Nabi Muhammad S.A.W

Hukum hudud adalah undang-undang yang ditetapkan daripada Allah S.W.T dan wajib ditegakkan di atas muka bumi ini. Di bawah terdapat beberapa hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berkaitan dengan hukum hudud.


Hadis riwayat Umar bin Khathab ra., ia berkata:

Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad saw. dengan membawa kebenaran dan telah menurunkan Alquran kepada beliau. Di antara yang diturunkan kepada beliau ialah ayat rajam. Kami telah membacanya, memahaminya serta mengerti ayat tersebut. Lalu Rasulullah saw. melaksanakan hukum rajam dan kami juga melaksanakan hukum rajam setelah beliau. Kemudian aku merasa khawatir bila waktu telah lama berlalu ada seorang yang mengatakan: Kami tidak menemukan hukum rajam dalam Kitab Allah, sehingga mereka akan sesat karena meninggalkan satu kewajiban yang telah diturunkan Allah. Sesungguhnya hukum rajam dalam kitab Allah itu adalah hak atas orang berzina yang muhshan (pernah menikah), dari kaum lelaki dan wanita, jika telah terbukti berupa kehamilan atau pengakuan.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Seorang lelaki dari kaum muslimin datang kepada Rasulullah saw. ketika sedang berada di dalam mesjid, lalu ia berseru memanggil beliau: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina. Lalu Rasulullah saw. memalingkan diri darinya sehingga orang menghadapkan dirinya ke arah wajah beliau dan berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina. Rasulullah saw. kembali memalingkan diri darinya sehingga orang itu mengulangi ucapannya sebanyak empat kali. Setelah ia bersaksi atas dirinya sebanyak empat kali, Rasulullah saw. memanggilnya dan bertanya: Apakah kamu gila? Lelaki itu menjawab: Tidak. Beliau bertanya lagi: Apakah kamu seorang yang pernah kawin? Lelaki itu menjawab: Ya. Maka Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat: Bawalah ia pergi lalu rajamlah!

February 11, 2009

Kuliah maghrib-Hadis 40


Penceramah: Ustaz Omar Jaafar,Bertempat di :Surau An-Najahiyah

Ustaz Omar Jaafar Telah memberikan keterangan mengenai hadis yang ke-35 berkaitan dengan bala yang ditimpakan disebabkan kesilapan dan kelalaian manusia ketika hidup di bumi Allah S.W.T ketika ini.Maksud huraian hadis diterangkan seperti dibawah

Hadis Ke-35: Lima Belas Maksiat Yang Menurunkan Bala

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. ( Ini bermaksud harta dan kekayaan yang di miliki oleh sesebuah negara hanya di rasai sesetengah pihak sahaja bukannya dirasai oleh seluruh rakyat negara tersebut.

  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. ( Amanah yang diberikan tidak di laksanakan sepenuhnya oleh orang yang diberikan tanggungjawab untuk memegang amanah tersebut. Contohnya duit kutipan dari masjid, telah diambil dan di digunakan untuk kepentingan diri sahaja bukannya untuk keperluan masjid.)

  3. Zakat dijadikan hutang. ( Ini bermakna harta yang dimiliki oleh seseorang itu tidak di gunakan untuk membayar zakat dan zakat itu dianggap sebagai beban sedangkan wang zakat itu akan digunakan untuk membantu umat islam yang memerlukan.)

  4. Suami memperturutkan kehendak isteri. ( Suami hendaklah tegas dan tidak menuruti isteri khususnya berkaitan dengan hukum dan syariat islam. Suami tidak bleh menuruti isterinya yang bersikap tidak menutup aurat, tidak menunaikan solat dan sebagainya yang melanggar peraturan Allah S.W.T. Suami hendaklah tegas dalam mendidik dan membimbing isteri ke jalan Allah S.W.T).

  5. Anak derhaka terhadap ibunya. ( Apabila rasa hormat itu telah hilang dalam diri seseoarang yang bergelar anak kepada ibunya dengan perlakuan dan tingkah laku yang boleh mengecilkan hati ibunya itu.)

  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. ( Ini bermaksud anak tersebut lebih mementingkan kawan-kawannya daripada ibunya sendiri dengan tidak mengikuti segala nasihat ibunya tetapi menuruti perlakuan kawan-kawannya yang tidak elok.

  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. ( Ini juga seperti yang disebutkan dalam huraian ke-6 cuma perkara ini berlaku kepada ayahnya.)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi

Keterangan

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.



February 10, 2009

Wuduk

Pengertian wuduk

Wudhu adalah membasuh bahagian tertentu yang boleh ditetapkan dari anggota badan dengan air sebagai persiapan bagi seorang muslim untuk menghadap Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Firman Allah S.W.T:(Al Maidah : Ayat 6).

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat , maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu
tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur."

Keutamaan Wuduk

Keutamaan wuduk dapat diterangkan dengan lebih jelas lagi berdasarkan hadis di bawah:

Sabda Rasululloh SAW : "Maukah kalian aku beritahukan tentang sesuatu yang dengannya Allah akan menghapuskan dosadosa kalian dan meninggikan derajat kalian ? Para sahabat menjawab : Mau, ya Rasululloh. Kemudian beliaupun berkata : Yaitu, dengan cara menyempurnakan Wudhu dari hal-hal yang bersifat makruh, banyak melangkahkan menuju masjid dan menunggu waktu setelah (tahiyatul masjid). Yang demikian itu adalah ikatan (perjanjian )" (HR. Muslim ; Fiqih Wanita
hal. 42).

Dari Abdullah Ash Shanaji R.A, bahawa
Rasulullah S.A.W telah bersabda :

"Apabila seorang hamba berWudhu,lalu berkumur,maka dikeluarkanlah (dihapuskan) kesalahan-kesalahan itu dari mulutnya. Apabila memasukkan air kerongga hidung, maka keluarlah kesalahan-kesalahan itu dari hidungnya.Apabila ia membasuh wajahnya, maka keluarlah kesalahankesalahan yang pernah ia perbuat dari wajahnya,sehingga kesalahan-kesalahan yang pernah terjadi keluar dari bawah tempat tumbuhnya rambut dari kedua matanya. Apabila ia membasuh dari kedua tangannya , maka keluarlah kesalahan-kesalahan itu dari kedua tangannya , sehingga kesalahan yang pernah terjadi keluar dari bawah (celah) kukunya. Apabila ia mengusap kepalanya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan itu dari kepalanya, sehingga kesalahan-kesalahan tersebut keluar dari kedua telinganya. Apabila membasuh kedua kakinya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan tersebut dari kedua kakinya, sehingga kesalahan yang pernah ia lakukan keluar dari bawah kuku-kuku kedua kakinya.

Daripada hadis diatas kita dapat lihat bahawa wuduk bukan sahaja menjadi keutamaan untuk menunaikan solat tetapi untuk membersihkan diri,menyucikan diri,jiwa serta untuk menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan.Itulah nikmat dan kesenangan yang Allah berikan kepada hamba-hambanya untuk menghapuskan dosa-dosa kerana manusia ini begitu lemah dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kepada Allah S.W.T.

February 09, 2009

Surah Az-Zukhruf




February 07, 2009

Kuliah Maghrib-Mengumpat dan Cintakan Harta



07.02.2009
Ustaz Ridzwan
Surau An-Najahiyah




Dari Surah Al-Humazah-(surah ke 104):
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


*1.Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela..2.yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya..3.dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya..4.Sekali-kali tidak!Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah..5.Dan tahukah kamu apakah (neraka) Hutamah itu?..6.(Iaitu) api (Azab) Allah yang dinyalakan..7.Yang membakar sampai ke hati..8.Sungguh, api itu ditutup rapat atas (diri) mereka..9.(sedang mereka itu) diikat pada tiang-yiang yang panjang.*

Daripada surah diatas Allah S.W.T mengisahkan tentang perbuatan mengumpat dan mencela serta sikap manusia yang begitu mencitakan harta kebendaan iaitu harta-harta dunia lebih dari segala-galanya yang meyebabkan Allah S.W.T mencampakkan mereka ke dalam api neraka.

Mengumpat adalah perbuatan yang di definisikan sebagai ahklak buruk yang terdapat dalam diri manusia dengan mengaibkan seseorang serta menjatuhkan maruah diri seseorang. Walaupun perkara itu betul kita tidak boleh memberitahu dan menceritakan kepada orang lain kerana perbuatan tersebut boleh menjatuhkan maruah diri seseorang itu.Mengumpat adalah perbuatan yang dihina oleh Allah S.W.T dan nerakalah bagi orang-orang yang mengumpat seperti yang di rakamkan oleh Allah S.W.T dalam surah di atas.

Walaubagaimanapun, terdapat 6 perkara yang tidak dikatakan sebagai mengumpat dan berhak dilakukan oleh individu muslim iaitu:

1. Orang yang dianiayai dan dizalimi yang menceritakan kezaliman yang berlaku terhadap dirinya untuk menyelamatkan dirinya, hal ini tidak dikira sebagai mengumpat..

2.
Menceritakan suatu kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku terhadap seseorang kepada orang lain dengan tujuan untuk mengubah seseorang itu kepada kebaikan, memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya seseorang itu dapat meninggalkan kemungkaran tersebut..

3.
Untuk mengetahui sesuatu hukum atas tingkahlaku seseorang dalam sesuatu hal dibolehkan untuk bercerita dan tidak dikira sebagai mangumpat..

4.
Untuk memberi amaran atas kejahatan seseorang supaya orang lain tidak menjadi mangsa. Menceritakan kejahatan seseorang seperti penyelewengan yang berlaku atau di buat ke atas rakyat supaya rakyat tidak menjadi mangsa dan terpedaya..

5.
Menceritakan kejahatan yang berlaku terhadap seseorang yang melakukan maksiat secara terang-terangan tanpa segan silu dan orang itu juga bangga dengan maksiat yang dilakukan..

6.
Menceritakan tentang diri orang lain atas sebab dan tujuan untuk memperkenalkan seseorang itu.

Seterusnya dlam ayat diatas menceritakn juga tentang harta kebendaan yang dimiliki oleh manusia. Cinta terhadap kebendaan merupakan penyakit yang mcinta,udah menyerang manusia yang memiliki kemewahan di dunia ini.Rasululah ada menggambarkan mengenai bentuk kesenangan yang dimiliki oleh manusia,antaranya ialah:

1.Kamu sentiasa bertukar-tukar pakaian mengikut waktu-waktu tertentu..2.Kamu menghiaskan rumah kamu dengan begitu cantik dan mewah..3.Apabila kamu menghabiskan satu hidangan, telah datang pula satu hidangan yang lain..

Memiliki kemewahan itu tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu sentiasa melebihkan cinta,amal ibadat,keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.



February 03, 2009

Ceramah "Palestin kami Bersamamu"


Bertempat di markaz PAS seksyen 18, Shah Alam

Pidato oleh: Ustaz Ridzwan Mohd Nor- AJK Muslim Care
Ustaz Mohd Sabu- Naib Presiden PAS
YB Khalid Samad- Ahli Parlimen Shah Alam



Assalamualaikum...dengan izin Allah S.W.T, ceramah berkaitan dengan Palestin dapat diadakan dalam suasana yang aman di markaz pas seksyen 18. Dengan kehadiran jemaah yang begitu ramai menimbulkan suasana yang meriah dari awal majlis hingga ke akhirnya. Ceramah tersebut diisi oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman seperti yang dinyatakan di atas.


Seperti biasa kata-kata aluan di ucapkan oleh ketua markaz seksyen 18 sebagai permulaan kepada majlis tersebut. Selepas itu YB Khalid Samad dijemput berucap. Beliau tidak banyak menyentuh mengenai palestin tetapi menceritakan suasana politik terkini yang berlaku dalam kerajaan parti pakatan Rakyat di negeri Perak. Beliau menyatakan bahawa kemungkinan pilihanraya di seluruh negeri perak akan diadakan semula dan beliau yakin parti pembangkang akan menang dengan majoriti yang besar iaitu 2/3. Beliau bercakap begitu berikutan kekosongan di dua DUN di perak akibat wakil dun tersebut menghilangkan diri. Itulah sedikit sebanyak yang beliau sentuh mengenai isu politik di Perak.

Ustaz Ridzwan Mohd Nor menyambung ceramah tersebut dengan berkongsi pengalaman beliau ketika beliau pergi ke Palestin melawat mangsa-mangsa keganasan rejim zionis. Beliau berkata sebelum beliau dapat memasuki palestin, pelbagai masalah yang beliau hadapi di pintu sempadan. Ustaz Ridzwan Mohd Nor menyatakan begitu dasyat kerosakan yang berlaku di bumi Palestin akibat serangan 22 hari rejim zionis Israel. Masjid, sekolah, pejabat-pejabat kerajaan di Gaza, Palestin musnah.Van ambulan di hadapan hospital turut musnah akibat serangan itu. Beliau memberitahu bahawa wang kutipan derma yang dijalankan oleh muslim care akan turut digunakan untuk membeli mbulans untuk kegunaan di Gaza. Bantuan- bantuan makanan turut di sumbangkan melalui muslim care kepada umat islam di Gaza.


Seterusnya, ceramah di sambung oleh Ustaz Mohammad Sabu. Beliau menceritakan sedikit sebanyak mengenai sejarah perjuangan islam di Palestin dari dahulu hinggalah sekarang. Beliau juga menyentuh mengenai keberanian pejuang-pejuang Islam HAMAS di Palestin. Selepas itu, beliau malancarkan kutipan derma untuk rakyat Palestin di markaz tersebut. Sambutan derma begitu menggalakkan daripada orang ramai. Sebagai penutup, pengerusi majlis mengumumkan jumlah kutipan derma pada malam itu iaitu sebanyak RM33,ooo. Hasil kutipan tersebut akan diserahkan terus kepada pejuang-pejuang HAMAS di palestin

Template by:
Free Blog Templates