Perjuangan Menegakkan Islam...Marilah sama-sama kita melaksanakannya

August 05, 2009

Dosa

Jika seseorang individu itu melakukan amal kebaikan, Allah S.W.T akan memberi ganjaran pahala kepadanya. Begitu juga sebaliknya, jika seseorang itu melakukan kesalahan kepada Allah pastinya dia akan mendapat dosa. Dosa dapat di definisikan sebagai perbuatan yang membelakangi agama islam. Dosa itu pula di bahagikan kepada dosa-dosa kecil dan juga dosa-dosa besar. Di sini Ana ingin menulis sedikit perkongsian berkaitan dengan dosa-dosa besar. Ana ingin menyenaraikan beberapa dosa-dosa besar yang perlu diketahui . Terdapat beberapa bentuk ataupun jenis dosa-dosa besar,antaranya:-

Ada 3 dosa yang paling besar antara dosa-dosa besar:

1. Syirik kepada Allah S.W.T dengan menyekutukanNya.
2. Menderhakai kedua Ibu Bapa
3. Bersumpah dengan kenyataan yang palsu, yakni dengan membelakangi kebenaran.

Ada 7 pula dosa-dosa besar:

1. Syirik
2. Melakukan Sihir
3. Membunuh nyawa yang tidak diizinkan oleh Allah S.W.T
4. Makan harta anak yatim
5. Melakukan riba
6. Melarikan diri daripada medan perang
7. Menuduh perempuan yang solehah berzina

Ibnu Abbas pula berkata terdapa keseluruhanya 70 dosa-dosa besar termasuklah mencuri, minum arak, berzina dan sebagainya. Ibnu Zahabi pula mengatakan bahawa dosa-dosa besar itu adalah perbuatan yang melibatkan hukum hudud. Jika sesuatu perbuatan itu mendapat celaan ataupun murka daripada Allah S.W.T, itu juga dikatakan dosa besar.

Jadi marilah kita sama-sama renungkan aktiviti harian kita samada tergolong dalam perbuatan yang menjurus ke arah dosa-dosa besar ataupun tidak. Jika ada hendaklah kita segera bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani kepada hamba-hambanya.

Dipetik daripada:

Kuliah Maghrib: Ustaz Ridzwan Ismail

Template by:
Free Blog Templates