Perjuangan Menegakkan Islam...Marilah sama-sama kita melaksanakannya

February 07, 2009

Kuliah Maghrib-Mengumpat dan Cintakan Harta



07.02.2009
Ustaz Ridzwan
Surau An-Najahiyah




Dari Surah Al-Humazah-(surah ke 104):
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


*1.Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela..2.yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya..3.dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya..4.Sekali-kali tidak!Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah..5.Dan tahukah kamu apakah (neraka) Hutamah itu?..6.(Iaitu) api (Azab) Allah yang dinyalakan..7.Yang membakar sampai ke hati..8.Sungguh, api itu ditutup rapat atas (diri) mereka..9.(sedang mereka itu) diikat pada tiang-yiang yang panjang.*

Daripada surah diatas Allah S.W.T mengisahkan tentang perbuatan mengumpat dan mencela serta sikap manusia yang begitu mencitakan harta kebendaan iaitu harta-harta dunia lebih dari segala-galanya yang meyebabkan Allah S.W.T mencampakkan mereka ke dalam api neraka.

Mengumpat adalah perbuatan yang di definisikan sebagai ahklak buruk yang terdapat dalam diri manusia dengan mengaibkan seseorang serta menjatuhkan maruah diri seseorang. Walaupun perkara itu betul kita tidak boleh memberitahu dan menceritakan kepada orang lain kerana perbuatan tersebut boleh menjatuhkan maruah diri seseorang itu.Mengumpat adalah perbuatan yang dihina oleh Allah S.W.T dan nerakalah bagi orang-orang yang mengumpat seperti yang di rakamkan oleh Allah S.W.T dalam surah di atas.

Walaubagaimanapun, terdapat 6 perkara yang tidak dikatakan sebagai mengumpat dan berhak dilakukan oleh individu muslim iaitu:

1. Orang yang dianiayai dan dizalimi yang menceritakan kezaliman yang berlaku terhadap dirinya untuk menyelamatkan dirinya, hal ini tidak dikira sebagai mengumpat..

2.
Menceritakan suatu kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku terhadap seseorang kepada orang lain dengan tujuan untuk mengubah seseorang itu kepada kebaikan, memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya seseorang itu dapat meninggalkan kemungkaran tersebut..

3.
Untuk mengetahui sesuatu hukum atas tingkahlaku seseorang dalam sesuatu hal dibolehkan untuk bercerita dan tidak dikira sebagai mangumpat..

4.
Untuk memberi amaran atas kejahatan seseorang supaya orang lain tidak menjadi mangsa. Menceritakan kejahatan seseorang seperti penyelewengan yang berlaku atau di buat ke atas rakyat supaya rakyat tidak menjadi mangsa dan terpedaya..

5.
Menceritakan kejahatan yang berlaku terhadap seseorang yang melakukan maksiat secara terang-terangan tanpa segan silu dan orang itu juga bangga dengan maksiat yang dilakukan..

6.
Menceritakan tentang diri orang lain atas sebab dan tujuan untuk memperkenalkan seseorang itu.

Seterusnya dlam ayat diatas menceritakn juga tentang harta kebendaan yang dimiliki oleh manusia. Cinta terhadap kebendaan merupakan penyakit yang mcinta,udah menyerang manusia yang memiliki kemewahan di dunia ini.Rasululah ada menggambarkan mengenai bentuk kesenangan yang dimiliki oleh manusia,antaranya ialah:

1.Kamu sentiasa bertukar-tukar pakaian mengikut waktu-waktu tertentu..2.Kamu menghiaskan rumah kamu dengan begitu cantik dan mewah..3.Apabila kamu menghabiskan satu hidangan, telah datang pula satu hidangan yang lain..

Memiliki kemewahan itu tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu sentiasa melebihkan cinta,amal ibadat,keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.



0 Komen Sahabat:

Template by:
Free Blog Templates