Perjuangan Menegakkan Islam...Marilah sama-sama kita melaksanakannya

February 03, 2009

Ceramah "Palestin kami Bersamamu"


Bertempat di markaz PAS seksyen 18, Shah Alam

Pidato oleh: Ustaz Ridzwan Mohd Nor- AJK Muslim Care
Ustaz Mohd Sabu- Naib Presiden PAS
YB Khalid Samad- Ahli Parlimen Shah Alam



Assalamualaikum...dengan izin Allah S.W.T, ceramah berkaitan dengan Palestin dapat diadakan dalam suasana yang aman di markaz pas seksyen 18. Dengan kehadiran jemaah yang begitu ramai menimbulkan suasana yang meriah dari awal majlis hingga ke akhirnya. Ceramah tersebut diisi oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman seperti yang dinyatakan di atas.


Seperti biasa kata-kata aluan di ucapkan oleh ketua markaz seksyen 18 sebagai permulaan kepada majlis tersebut. Selepas itu YB Khalid Samad dijemput berucap. Beliau tidak banyak menyentuh mengenai palestin tetapi menceritakan suasana politik terkini yang berlaku dalam kerajaan parti pakatan Rakyat di negeri Perak. Beliau menyatakan bahawa kemungkinan pilihanraya di seluruh negeri perak akan diadakan semula dan beliau yakin parti pembangkang akan menang dengan majoriti yang besar iaitu 2/3. Beliau bercakap begitu berikutan kekosongan di dua DUN di perak akibat wakil dun tersebut menghilangkan diri. Itulah sedikit sebanyak yang beliau sentuh mengenai isu politik di Perak.

Ustaz Ridzwan Mohd Nor menyambung ceramah tersebut dengan berkongsi pengalaman beliau ketika beliau pergi ke Palestin melawat mangsa-mangsa keganasan rejim zionis. Beliau berkata sebelum beliau dapat memasuki palestin, pelbagai masalah yang beliau hadapi di pintu sempadan. Ustaz Ridzwan Mohd Nor menyatakan begitu dasyat kerosakan yang berlaku di bumi Palestin akibat serangan 22 hari rejim zionis Israel. Masjid, sekolah, pejabat-pejabat kerajaan di Gaza, Palestin musnah.Van ambulan di hadapan hospital turut musnah akibat serangan itu. Beliau memberitahu bahawa wang kutipan derma yang dijalankan oleh muslim care akan turut digunakan untuk membeli mbulans untuk kegunaan di Gaza. Bantuan- bantuan makanan turut di sumbangkan melalui muslim care kepada umat islam di Gaza.


Seterusnya, ceramah di sambung oleh Ustaz Mohammad Sabu. Beliau menceritakan sedikit sebanyak mengenai sejarah perjuangan islam di Palestin dari dahulu hinggalah sekarang. Beliau juga menyentuh mengenai keberanian pejuang-pejuang Islam HAMAS di Palestin. Selepas itu, beliau malancarkan kutipan derma untuk rakyat Palestin di markaz tersebut. Sambutan derma begitu menggalakkan daripada orang ramai. Sebagai penutup, pengerusi majlis mengumumkan jumlah kutipan derma pada malam itu iaitu sebanyak RM33,ooo. Hasil kutipan tersebut akan diserahkan terus kepada pejuang-pejuang HAMAS di palestin

0 Komen Sahabat:

Template by:
Free Blog Templates